Tuesday, September 27, 2022

Pergunungan G7 (gi seven)

Asalamualaikum pada warga pendaki, pada peminat mendaki, pada peminat rekriasi or outdoor dan pada yang tak berminat tapi sudi nak baca catatan aku ni. Cerita sikit sepintas lalu pasal aku. Aku dah lupa tarikh sebenar sejak bila aku minat dengan pendakian. yang pasti bukan sejak kanak-kanak atau ramaja. seingat aku minat mendaki nia datang di awal uisa aku 30an dah berkahwin dah ada anak 3 daripada 5 pada ketika itu.

cuma aku refrest semula dari zaman kanak-kanak aku, aku rujuk melalui gambar-gambar lama yang pernah terakam. rupanya aku dulu masa sekolah rendah ahli pengakap yang pernah menyertai mini jambori di hutan Tampin, Negeri Sembilan. 

Aku ahli kadet putra masa sekolah menengah Dato Mansor Bahau, NS. aku pernah berkamping dua hari dua malam di hutan jeram Tengkek Batu kikiri bersama Dato Khalid Yunus pada ketika itu beliau masih belum ada gelaran Dato. 

Lagi satu peristiwa yang berlegar di fikiran aku, masa aku kanak-kanak aku ada dua tiga kali ikut Arwah datuk aku lebai rashid bin nordin ke hutang mencari akar-akar kayu untuk tujuan perubatan. Atuk aku memang pakar bab mencari ubat akar kayu hutan.

Aku tak pasti adakah ini bibit-bibit permulaan kepada suka aktiviti mendaki dalam hidup aku. Aku dah tak berapa ingat, sebab dulu tak pernah buat catatan pon, dah berapa banyak gunung yang pernah aku daki?. rasa nya banyak lah juga, tak hingat. tapi biar lah ia berlalu. 

Sebelum mendaki aku layan minat camping bersama rakan sepejabat. tempat pernah aku pergi yang aku ingat, Hutang Kenung Kuala Lipis, Kuala Koh Kelantan, Gua Kota Gelangi Pahang, Taman Negara Kuala Rompin, Taman Negara Bako Serawak dan ada yang lain aku tak ingat.

KITA CEMERLANG SEBENARNYA BUKANLAH SEMATA-MATA NYA DISEBABKAN KITA MEMANG HEBAT TETAPI SEBENARNYA KERANA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KITA, SEGALANYA PINJAMAN

Jangan minta Allah hapuskan semua kenangan pahit yang ada dalam fikiran kita. Tapi minta Allah lapangkan hati kita agar ikhlas dan redha untuk menerima takdirNya.Begitu pun bagai Mentari di kala senja, kenangan pahit manis hanya seketika....tika melabuh tirai malam, mimpi sahaja yang indah indah

Ok lah, tak tau dah nak catat apa, aku nak kongsi pasal G7

Apa itu G7 mengikut therma yang sering di sebut oleh peminat mendaki.

G7 merujuk kepada gunung berketinggian melebihi 7,000 kaki di semenanjung Malaysia. Menjadi mercu tanda kepada para pendaki-pendaki tegar di Malaysia. Bloger ringkas ini untuk aku simpan kenangan sebagai sejarah hidup. aku akan kembali (itu pasti) mudahan blog aku hidup beratus tahun lagi.

1. Gunung Tahan (7,186 kaki)   GAMBAR   ß (Klik Sini)
2. Gunung Korbu (7,162 kaki)
3. Gunung Yong Belar (7,156 kaki)
4. Gunung Gayong (7,129 kaki)
5. Gunung Chamah (7,210 kaki)
6. Gunung Yong Yap (7,110 kaki)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089 kaki)


01.  Gunung Tahan Febuari 2011

Gunung Tahan dengan ketinggian (2187 meter),[2] merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia. Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam negeri Pahang. Bagaimanapun, Gunung Tahan adalah lebih rendah daripada Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan Borneo.

Gunung ini menjadi titik sempadan negeri Pahang dengan negeri Kelantan.

Laluan mendaki

Gunung Tahan ini sering menjadi tumpuan pendaki gunung yang menggunakan laluan Kuala Tahan - Gunung Tahan. Laluannya termasuklah:

  1. Dari Kuala Tahan ke Kem Kuala Melentai - 1 hari melalui tepi Sungai Melentai.
  2. Dari Kem Melantai ke Bukit Darah
  3. Dari Bukit Darah melalui Bukit Malang - di sana ada 11 bukit.
  4. Dari Bukit Malang ke Gunung Rajah
  5. Dari Gunung Rajah turun ke Kem Kuala Puteh di bawah .
  6. Dari Kuala Puteh ke Kuala Teku - 1 hari melalui tepi Sungai Peleting.
  7. Dari Kuala Teku ke Gunung Pondok Dua (898 m di Kem Wrays).
  8. Dari Gunung Pondok Dua ke Gunung Pangkin (1462 m)
  9. Dari Gunung Pangkin ke Gunung Tangga Lima Belas (1574 m)
  10. Dari Gunung Tangga Lima Belas ke Gunung Reskit (1666 m)
  11. Dari Gunung Reskit ke Gunung Gedong (2066 m)
  12. Dari Gunung Gedong turun ke Kem Padang
  13. Dari Kem Padang ke Gunung Tahan (2187 m)

Pendaki perlu mendaki, berjalan kaki sejauh 65 km dari Kuala Tahan ke puncak Gunung Tahan.

Punca air sungai ada di Kuala Melantai, Kuala Puteh, Kuala Teku, Kem Wrays dan di Kem Padang.


Trip dari merapuh tambah lagi 51.9 km

Elevation Day 1 seperti berikut:

0. Merapoh (295)ke kuala juram (309m)  20km
1. Kuala Juram (309m) ke Kuala Luis (306m) jarak 5.0km
2. Kuala Luis (306m) ke Lata Luis (558m) jarak 6.0km
3. Lata Luis (558m) ke Kem Kor (750m) jarak 2.5km

Elevation Day 2 seperti berikut:
Kem Kor (750m) ke Permatang (874m) jarak 2.5km
Permatang (874m) ke Kubang (1406m) jarak 3.5km
Kubang (1406m) ke Belumut (1493m) jarak 1.5km
Belumut (1493m) ke Bonsai (1705m) jarak 5.5km
Bonsai (1705m) ke Botak (1943m) jarak 3.0km

Day 3 – 13/10/2019 – Ahad
Kem Botak (1943m) ke Gunung Tahan (2187m) jarak 2.4km

 Jumlah jarak 51.9 km

Jarak keseluruhan dari Merapoh- Gunung Tahan - Kuala Tahan 116.9 Kilomater

Puisi dan Gambar Aku  GAMBAR TAHAN ڬونوڠ تاهن  ß (Klik Sini)


02. Gunung Korbu Mei 2010

Gunung Korbu ialah sebuah gunung yang terdapat di Perak Darul RidzuanMalaysia. Gunung Korbu mempunyai ketinggian setinggi 2,183 meter[1]  (7,162 ka) merupakan puncak tertinggi Banjaran Titiwangsa.

Gunung Korbu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukithutan Dipterokarp Atashutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Menurut buku 'Malaya and It's History' tulisan Sir R.O. Windstead, nama Gunung Korbu diberikan oleh orang asli Sakai, yang mendiami gunung dan bukit di Kelantan dan Perak. Korbu bermaksud 'kerbau'.

Rujuk : https://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Korbu






03.  Gunung Yong Belar  ڬونوڠ يوڠ بلر

Gunung Yong Belar merupakan sebuah gunung di sempadan negeri Perak Darul Ridzuan dengan Pahang Darul Makmur dan Kelantan Darul NaimMalaysia dan mempunyai ketinggian 2,181 meter (7,156 kaki). Gunung ini mengandungi hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.

Gunung Yong Belar mempunyai hutan Dipterokarp Bukithutan Dipterokarp Atashutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.[1]

Pendaki boleh bermalam di Kem Tudung Periuk sebelum mendaki ke puncak gunung ini.

Rujuk - https://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Yong_Belar





04.  Gunung Gayung Mei 2010

Gunung Gayong yang terletak di Perak mempunyai ketinggian setinggi 2,173 meter (7,129 kaki).

Gunung Gayong mempunyai hutan Dipterokarp Bukithutan Dipterokarp Atashutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Ia merupakan tapak kegemaran pendaki gunung tempatan dan pelancong.[1]

Rujuk - https://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Gayong






05. Chamah  

aku belum berpeluang mendaki sehingga ini, nanti kalau ada rezeki sampai puncak aku akan update gambar sekeping dua.

Gunung Chamah merupakan salah satu daripada gunung yang dikenali sebagai G7, iaitu tujuh puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia[1] yang melebihi ketinggian 2,100m (7,000 kaki) a.p.l. Kecuali Gunung Tahan yang terletak di Banjaran Tahan, kesemuanya adalah terletak di Banjaran Titiwangsa. Gunung Chamah adalah gunung keenam tertinggi di Malaysia dan yang tertinggi di Kelantan. Ianya terletak berdekatan dengan sempadan negeri Perak dan merupakan salah satu gunung yang jarang dikunjungi dan terokai. Ketinggian Gunung Chamah   2,171 m (7,123 ka)

06.  Gunung Yong Yup 

Gunung Yong Yap yang bersempadan dengan negeri Perak/Kelantan[1] mempunyai ketinggian setinggi 2,167 meter (7,110 kaki). Gunung Yong Yap termasuk 'G7' oleh pendaki tempatan. Gunung G7 yang lain ialah Gunung Tahan dan Gunung Yong Belar di PahangGunung KorbuGunung GayongGunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat di Perak.[2]

Gunung Yong Yap mempunyai hutan Dipterokarp Bukithutan Dipterokarp Atashutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Rujukan - https://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Yong_Yap








07.  Gunung Ulu Sepat Oktober 2010

Gunung Ulu Sepat yang terletak di Tasek Temenggor, Perak Darul Ridzuan/Kelantan[1] mempunyai ketinggian setinggi 2,161 meter (7,089 kaki).

Gunung Ulu Sepat mempunyai hutan Dipterokarp Bukithutan Dipterokarp Atashutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Gunung Ulu Sepat terletak berhampiran dengan Gunung ShoidGunung ChamahGunung BilahGunung Gerah, dan Gunung Bieh.[2]

Gunung Ulu Sepat, Perak merupakan sebuah gunung G7, merujuk kepada gunung > 7,000 kaki. Ia merupakan salah satu dari tujuh gunung tertinggi di Banjaran Titiwangsa yang 5 darinya terdpat negeri Perak. Dua gunung tertinggi yang tidak terdapat di Perak adalah gunung Tahan dan gunung Chamah

Rujukan -  https://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Ulu_Sepat




Gunung-gunung lain yang pernah aku tawan puncaknya :-
Mount FujiJepun (ß Klik Sini) 
Pendakian Gunung Rinjani (ß Klik Sini)




Fast Link :

Aku Kah ini (ß Klik Sini)
  DuniaMotorsikal (ß Klik Sini)
Mount FujiJepun (ß Klik Sini)
Reunion 50Tahun SKBRU (ß Klik Sini)
Mount CookNational Park, New Zealand (ß Klik Sini)
GTROC Gathering 07 Kuala Terengganu 2020 (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Rinjani (ß Klik Sini)
Boheydulang Semporna (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Tahan  (ß Klik Sini)
Sifat Dua Puluh (ß Klik Sini)

Bilangan Pelawat di blog ini :- 

free counter

No comments:

Post a Comment

Pergunungan G7 (gi seven)

Asalamualaikum pada warga pendaki, pada peminat mendaki, pada peminat rekriasi or outdoor dan pada yang tak berminat tapi sudi nak baca cata...